//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome.Since you are here why don't you follow me ? :D please be nice to me and i'll do the same ^^


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurul Hanis
Others:   


Kawan ? Sahabat ?

Assalamualaikum. Hi, apa khabar?

Apa yang korang faham tentang kawan? Apa yang korang faham tentang sahabat? Ok, aku hanya insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Bila dipinggirkan tak dipedulikan mesti terasa hati. Sekeras manalah aku mampu bertahan kalau kawan yang aku sayang, rapat dengan aku abaikan aku. Aku dah anggap sebagai Sahabat. Ternyataan aku salah anggap. Salah yang teramat sangat.

Hari - hari aku fikir. Siapa aku bagi mereka yang aku anggap 'sahabat'? Bila tiba di sekolah terus tak dilayan. Terus diabaikan. Tpi aku buat endah tak endah walaupun aku rasa sedih yang amat sangat. Dulu mereka yang selalu berkongsi suka duka dengan aku, tapi sekarang? Semuanya dah lenyap. Lenyap buat selamanya mungkin? Aku hanya mampu bersabar. Apa aku mampu buat? Tegur mereka? Rasanya ia bukan jalan terbaik, sebaliknya merumitkan lagi. Hari - hari aku tweet apa yang aku rasa. Tapi tiada siapa yang perasan. Aku tak kisah. Janji aku dapat luah segalanya.

Kutuk belakang aku? Buatlah selagi kau mampu. Aku mampu buat apa? Maki hamun kau? Kutuk balik? Hahah, aku bukan macam tu. Lagipun mulut kau. Lantak kau. Aku malas nak gaduh, aku malas! Sampai satu tahap, mereka pergi ketempat yang selalu ak pergi bersama mereka. Tetapi aku tidak diambil kisah. Tinggalkan ku, dan bawa orang baru. Mungkin menggantikan tempat aku? Bila ditanya kenapa tak ajak aku, dengan selamba badak jawapannya "Alah, zack-d selalu dah p. Dia ni tak penah p pun." Haha, seronok aku dengar jawapannya. Tapi bukan aku yang bertanya. Rakan baik aku lagi seorang.

Apabila tidak diberitahu, tidak diajak dan tiba tiba upload gmbar di twitter/insta/fb dan sebagainya. Siapa tidak terasa hati? Aku menangis. Walaupun benda ni terasa macam benda kecil saja, tapi aku tetap menangis. Menangis dengan melepaskan semua rasa diabaikan, tidak dipedulikan dan segalanya. Malas hendak bertanya mengapa tidak mengajak diriku yang serba tidak kena ini. Terasa seperti diri ini tidak pernah wujud apabila diperlakukan seperti itu. Tapi aku still diam. Malas nak bersuara. Aku mampu terdiam selagi aku mampu.

Selepas kejadian itu, hidupku seperti biasa. Pergi sekolah act like nothing happen. Layan mereka seperti sedia kala. Sampai satu masa ini, kawanku menangis. Entah mengapa dia menangis. Masa itu aku tidak bersama mereka. Tamat sesi pembelajaran baruku perasan bahawa dia menangis. Bila ditanya kenapa, dijawab "Taktau" Sangat ringkas. Ak bertanya lagi kepada seorang lagi 'sahabat'ku. Jawapannya tetap sama "Taktau". Semuanya penipu! Penipu belaka! Aku tahu mereka tahu mengapa dia menangis. Tapi sengaja tidak mahu memberitahu kepadaku.

Aku terfikir, siapa aku sampaikan dia menangis langsung tidak mahu beritahuku? Salah aku kah? Apa aku dah buat? Macam mcam soalan bermain diminda. Tapi cuba ku lenyapkan. Mungkin aku tak penting. Sebab itu tidak diberitahu. Ak seperti biasa. Masih lagi buat taktahu. Dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa dan mengapa. Tak kisah dah sekarang. Lantak. Aku biarkan. Malas~ Hubungan kami berempat semakin lama semakin renggang. Semuanya haluan masing masing. Yang berempat dah tak jadi berempat. Semakin bertambah, semakin tidak diambil kisah. Bicara perkara yang penting sahaja. Hal suka dan duka tidak lagi dikongsikan.

Turun kantin, tidak seperti dahulu. Dahulu berjalan berempat. Sekarang tidak. Sudah terabur. Sampaikan orang lain juga turut perasan. Ok. Aku diam. Aku tidak suka bersuara dengan mereka. Dahulu apabila berjalan sekali, tidak berasa ganjal. Berbagai cerita keluar untuk diceritakan. Tapi sekarang? Segalanya berubah. Apabila hendak berjalan sekali terasa amat janggal. Kenapa? Mereka mengeluarkan cerita yang aku tidak tahu. Ada rahsia disebalik cerita yang dikeluarkan. Jadi aku lebih selesa diam. Seperti tidak wujud diriku apabila berjalan sekali bersama mereka tapi langsung tidak bertegur sapa.

Hanya kerana lelaki mereka kurang suka dengan sikapku. Niatku hanya untuk berkawan. Lelaki itu pakwe salah seorang dari mereka. Apabila aku rapat, dituduhnya aku meminati lelaki tersebut. Tersentuh hati disitu. Sanggup menuduhku padahal aku hanya berkawan, tidak pernah lebih dari itu. Aku rapat kerana dia pakwe 'sahabat'ku. Sampai ditanyakan kepada pakwenya selepas mereka break up. Ditanyanya sukakan aku kah kepada bekas pakwenya. Sampai bertanya kepada bekas pakwenya. Memang jawapannya "tidak" kerana aku dan dia hanya berkawan. Apabila mereka ada masalah, selalu jugak aku tolong selesaikan, sebab itu kami rapat. Tpi disalah sangka. Yalah, manusia tidak sempurna. Tidak, mengapa aku faham.

Tidakku sangka ada juga kawan karibku yang terjadi sebegini. Dia sebahagian dari kami berempat. Jadi aku dan dia menghadapi masalah yang sama. Diabaikan, tidak dipedulikan. Kami cuba tabahkan hati masing masing. Mungkin ini dugaan dariNya kerana kami berempat selalu bersama, bersuka bersama dan segalanya. Tpi apa gunanya kalau hanya aku dan dia sahaja yang berfikir tentang ini lagi dua orangnya tidak? Hanya mampu berdoa agar hubungan ini bertambah baik. Dalam masalah ini aku bukan nak salah sesiapa. Tak perlulah kau terasa bahawa kau yang menyebabkan kami renggang. Aku hanya menganggap ini semua dugaan dari Yang Maha Esa. So, kau chill takyah bising. Ak pun tau kau tak suka aku.

Ok, mungkin perangai aku ni buruk sebab tu lah mereka juga semakin renggang denganku. Katanya meraka tidak suka dengan cara aku. Cara seperti mana tidak pulak kutahu. Yelah, mcam aku kata, semua manusia tak sempurna. Aku tak sedar akan kesalahan aku. Siapalah aku untuk mencermin diriku semula apa yang aku lakukan? Kalau dari segi percakapan, maaflah kalau terlepas cakap. benda ni berlaku secara tidak sedar. Maaf. Tamatlah luahan isi hati ini. Kalau terasa, maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tidak mampu untuk dipendamkan lagi. Sangat menyakitkan hati. "Kawan Lupa Kawan" Betulkah? Mungkin. Assalamualaikum, bye. Terima kasih sudi membaca :)